Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dukacita di maklumkan lawatan penanda aras ke kelas pemulihan khas daerah Kuala Pilah
akan ditangguhkan dan hanya akan dilaksanakan selepas cuti kerana beberapa kekakangan.
Sebarang pertanyaan hubungi :
Pengerusi Pemuafakatan Guru Pemulihan Khas Daerah Seremban
Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
0125768690
Sabtu, 21 Mei 2011
Isnin, 11 April 2011
Hi tea Perpisahan Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan 2010/2011
Seremban, 26 Mac : Bertempat di Klana Resort Seremban, telah berlangsung satu majlis jamuan minum petang bagi menghargai 4 orang Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan yang bersara, naik pangkat dan berpindah ke negeri lain. Jamuan ini telah di hadiri oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail , Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS dan Puan Azah Shariza bt Abdul Aziz , Penolong Pengarah Pemulihan Khas JPNS. Majlis turut disertai oleh beberapa orang JU Pemulihan Khas N.Sembilan. Di harapa segala sumbangan dan kerjasama yang dicurahkan mereka akan terus mekar dan diingati seluruh warga pemulihan khas N.Sembilan. 1. Puan Hjh Rogayah Bt Hasan - Bersara 2. En. Medon bin Amat - Fasi Linus Seremban 3. En. Suhaimi bin Itam - GPK KOKO 4. Puan Lestari bt Marfuzah - berpindah ke Johor
Khamis, 3 Mac 2011
TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS DAN KUTIPAN DATA 2011
TARIKH : 3 MAC 2011
MASA : 8.00 PG - 4.30 PTG
TEMPAT : SK SIKAMAAT SEREMBAN
MASA : 8.00 PG - 4.30 PTG
TEMPAT : SK SIKAMAAT SEREMBAN
Jumaat, 18 Februari 2011
Takrif Kanak-Kanak Pemulihan Khas
‘Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.’ – AE Tanseley dan R. Culliford
•‘Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.’ – M.F.Clough
•‘Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan dibawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).’ – Sharifah Rahmah Ali
TAKLIMAT PERANCANGAN PROGRAM TAHUNAN PEMULIHAN KHAS DAN MESYUARAT KUTIPAN SERTA PENYELARASAN DATA PEMULIHAN KHAS KALI PERTAMA 2011
TARIKH : 18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PKG MANTIN
AGENDA :
1. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/KERTAS MAKLUMAN
2. LAPORAN DATA PEMULIHAN KHAS 2010
3. PERKONGSIAN PROGRAM PERINGKAT NEGERI/DAERAH
4. PROGRAM KELAS DEWASA ORANG ASLI (KEDAP)
5. ISU LINUS PEMULIHAN
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PKG MANTIN
AGENDA :
1. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/KERTAS MAKLUMAN
2. LAPORAN DATA PEMULIHAN KHAS 2010
3. PERKONGSIAN PROGRAM PERINGKAT NEGERI/DAERAH
4. PROGRAM KELAS DEWASA ORANG ASLI (KEDAP)
5. ISU LINUS PEMULIHAN
Sabtu, 30 Oktober 2010
MESYUARAT PENGUMPULAN DATA PEMULIHAN KHAS KALI 3 - 2010
Perhatian : Semua Guru Pemulihan Khas N.Sembilan
Mesyuarat Pengumpulan Data Program Pemulihan Khas Kali ke3 - 2010 seperti berikut :
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rabu, 20 Oktober 2010
Hari Keusahawanan PPKI Daerah Seremban 2010
Seremban, 13 Oktober : Bertempat di Sk Taman Tasik Jaya, Seremban telah berlangsung dengan jayanya Hari Keusahawanan PPKI daerah Seremban. Program anjuran PPKI SK Taman Tasik Jaya dan PPD Seremban ini telah disertai oleh 7 orang guru pemulihan khas daerah Seremban. Antara guru pemulihan khas yang terlibat ialah CIkgu Noradela (Sk Tmn Semarak) ,Cikgu Riduan (Sk Kg Daching), Cikgu Ayub (SK Tekir), Cikgu Zainah ( Sk Ulu Beranang), Cikgu Dina (SK Mambau) , Cikgu Wan Fauzana (SK ACS) dan Cikgu Zila (SK Taman TAsik Jaya) . Gerai permainan pemulihan telah mendapat sambutan meriah. Terima kasih kepada Puan Azah Shariza yang memberi sokongan kepada guru-guru pemulihan daerah Seremban untuk turut serta.
Isnin, 2 Ogos 2010
Perbandingan data murid Mac dan Jun 2010
| KELAS | ENROLMEN MURID | BM | MT | KESELURUHAN | ||||
| MAC | JUN | MAC | JUN | MAC | JUN | MAC | JUN | |
| TAHUN 2 | 17150 | 17366 | 2233 | 1905 | 1921 | 1646 | 2363 | 2110 |
| TAHUN3 | 17094 | 17331 | 1660 | 1347 | 1424 | 1149 | 1837 | 1570 |
Data Pemulihan Khas N.Sembilan Jun 2010
| | ENROLMEN MURID | BAHASA MELAYU | MATEMATIK | JUMLAH MURID YANG TIDAK MENGUASAI KEDUA-DUA MATAPELAJARAN |
| TAHUN 2 | 17366 | 1905 | 1646 | 2110 |
| TAHUN 3 | 17331 | 1347 | 1149 | 1570 |
| JUMLAH | 34697 | 3252 | 2795 | 3680 |
Jumaat, 23 Julai 2010
Lawatan Penanda Aras Guru Pemulihan Khas Kuala Pilah ke SK Sikamat, Seremban
Seremban, 14 Julai : Satu lawatan penanda aras ke kelas program pemulihan khas SK Sikamat , Seremban oleh guru-guru pemulihan khas Daerah Kuala Pilah. Program sehari ini telah di isi dengan dengan taklimat dari Puan Yang Rokiah , guru pemulihan khas SK Sikamat dan lawatan ke kelas pemulihan khas SK Sikamat. Lawatan ini diharap dapat membuka minda dan pengalaman baru kepada guru-guru pemulihan khas mengenai alam pemulihan khas. Ilmu yang dimiliki oleh Puan Yang Rokiah dapat dikongi dengan semua guru pemulihan khas.
Langgan:
Catatan (Atom)