BLOG RASMI GURU PROGRAM PEMULIHAN KHAS Negeri Sembilan, Malaysia

Ahad, 27 Jun 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat N.Sembilan 2010 - Guru Pemulihan diiktiraf


Seremban, 26 Jun 2010 : 'Guru Pembina Negara Bangsa' begitulah tema sambutan Hari Guru 2010. Bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban, seramai hampir 15 ribu warga pendidik dan pemimpin setempat telah diraikan oleh Kerajaan N.Sembilan . Majlis yang mendapat kerjasama SUK N.Sembilan dan Jabatan Pendidikan N.Sembilan ini telah hadiri hampir seluruh warga pendidik di N.Sembilan.

Pada malam tadi juga warga pendidik khususnya guru pemulihan khas di Negeri Sembilan di atas pemilihan Puan Khazimah Bt Mahmud (Guru Inovatif Sek Rendah) dan Pn Noorzaliyati bt Ramli (Guru Cemerlang Pendidikan Khas) . Tahniah atas kejayaan anda berdua. Semoga kejayaan ini menjadi ikutan dan taulan semua guru-guru pemulihan khas.Salam Perpaduan dan salam Satu Malaysia.

Rabu, 23 Jun 2010

Kutipan Data dan Kursus Asas Pemulihan Khas 2010 DI JEMPOL

Jempol, 21Jun : Taklimat Khas dan Mesyuarat kutipan data telah diadakan di Dewan SK Jempol. Mesyuarat yang mengandungi kursus asas pemulihan ini telah dihadiri oleh semua guru pemulihan khas (PML) bagi daerah Jempol dan Jelebu. Antara pengisian program ini ialah taklimat pengurusan kelas pemulihan khas, sistem fail, ujian diagnostik bm dan matematik, ujian pelepasan bm dan matematik dan kaedah 3V. Puan Azah Shariza bt Abd Aziz di dalam ucapan penutupnya menyeru agar semua pemulihan khas bersungguh menjayakan program ini. Jika terdapat sebarang masalah boleh berhubung terus dengan Jurulatih Utama di peringkat daerah atau beliau sendiri. Guru-guru PML juga digalakkan membina pelbagai inovasi dan kaedah pembelajaran baru di dalam bidang pemulihan khas.Pada akhir mesyuarat ini, para peserta telah diberikan sijil penyertaan.

Sabtu, 19 Jun 2010

Selamat Datang Ke Blog Pemulihan Khas N.Sembilan

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Blog ini terhasil dari perbincangan beberapa orang Ju Pemulihan N.Sembilan.Blog ini diharap menjadi sebahagian dari medium penyampaian maklumat terkini berkaitan dunia Pemulihan Khas.

Salam.. Mohd Riduan bin Mohamad Yusof - Guru PML SK Kg Daching, Lenggeng N.Sembilan