BLOG RASMI GURU PROGRAM PEMULIHAN KHAS Negeri Sembilan, Malaysia

Sabtu, 6 Oktober 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU PEMULIHAN KHAS 2012

SK Sungai Sampo, 5 Okt : Barisan Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan telah menghadiri Bengkel Pemantapan Profesionalisme di SK Sg Sampo, Jempol.

Rabu, 29 Jun 2011

Lawatan Penanda Aras Pemulihan Daerah Seremban Ke Kuala Pilah 5 Julai 2011

Memo :

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada : Khas buat semua guru pemulihan khas Daerah Seremban.

Perkara : Lawatan Penanda Aras Kelas Pemulihan Khas ke Daerah Kuala Pilah
              SK Talang Dan SK Tengkek

Masa : 7.15 pagi - 3.00 petang

Tempat  Bertolak : Dari PPD Seremban

Bayaran : RM 10.00

Sila hubungi : Mohd Riduan (012 5768690) Ayub (0123606643)

Isnin, 20 Jun 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pemulihan Khas bil 2/2011

Seremban, 20 Jun : Mesyurat penyelarasan program pemulihan khas bil 2 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Sri Klana Seremban. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Azah Shariza bt Aziz. Antara agenda mesyuarat pada kali ini ialah pembentangan kertas cadangan dan kertas makluman berkaitan Program Pemulihan Khas dan Program KEDAP. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh barisan JU pemulihan Negeri dan daerah, penyelaras kedap, wakil Guru Besar dan pegawai PPD.

Sabtu, 21 Mei 2011

Lawatan Penanda Aras Pemulihan Daerah Seremban Di tangguhkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dukacita di maklumkan lawatan penanda aras ke kelas pemulihan khas daerah Kuala Pilah
akan ditangguhkan dan hanya akan dilaksanakan selepas cuti kerana beberapa kekakangan.

Sebarang pertanyaan hubungi :

Pengerusi Pemuafakatan Guru Pemulihan Khas Daerah Seremban


Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
0125768690

Isnin, 11 April 2011

Hi tea Perpisahan Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan 2010/2011


Seremban, 26 Mac : Bertempat di Klana Resort Seremban, telah berlangsung satu majlis jamuan minum petang bagi menghargai 4 orang Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan yang bersara, naik pangkat dan berpindah ke negeri lain. Jamuan ini telah di hadiri oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail , Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS dan Puan Azah Shariza bt Abdul Aziz , Penolong Pengarah Pemulihan Khas JPNS. Majlis turut disertai oleh beberapa orang JU Pemulihan Khas N.Sembilan. Di harapa segala sumbangan dan kerjasama yang dicurahkan mereka akan terus mekar dan diingati seluruh warga pemulihan khas N.Sembilan. 1. Puan Hjh Rogayah Bt Hasan - Bersara 2. En. Medon bin Amat - Fasi Linus Seremban 3. En. Suhaimi bin Itam - GPK KOKO 4. Puan Lestari bt Marfuzah - berpindah ke Johor

Khamis, 3 Mac 2011

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS DAN KUTIPAN DATA 2011

TARIKH : 3 MAC 2011
MASA    : 8.00 PG - 4.30 PTG
TEMPAT : SK SIKAMAAT SEREMBAN

Jumaat, 18 Februari 2011

Takrif Kanak-Kanak Pemulihan Khas


Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.’ – AE Tanseley dan R. Culliford
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.’ – M.F.Clough
Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan dibawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).’ – Sharifah Rahmah Ali

TAKLIMAT PERANCANGAN PROGRAM TAHUNAN PEMULIHAN KHAS DAN MESYUARAT KUTIPAN SERTA PENYELARASAN DATA PEMULIHAN KHAS KALI PERTAMA 2011

TARIKH : 18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
MASA    : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PKG MANTIN

AGENDA :
1. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/KERTAS MAKLUMAN
2. LAPORAN DATA PEMULIHAN KHAS 2010
3. PERKONGSIAN PROGRAM PERINGKAT NEGERI/DAERAH
4. PROGRAM KELAS DEWASA ORANG ASLI (KEDAP)
5. ISU LINUS PEMULIHAN




  

Sabtu, 30 Oktober 2010

MESYUARAT PENGUMPULAN DATA PEMULIHAN KHAS KALI 3 - 2010

Perhatian : Semua Guru Pemulihan Khas N.Sembilan

Mesyuarat Pengumpulan Data Program Pemulihan Khas Kali ke3 - 2010 seperti berikut :



TARIKH MASA DAERAH TEMPAT
1. 1.11.2010 2.00-5.00 ptg PORT DICKSON SK PANGLIMA ADNAN
2. 2.11.2010 2.00-5.00 ptg SEREMBAN (SK) SK SEREMBAN 2A
3. 3.11.2010 2.00-5.00 ptg SEREMBAN (SJKT/C) SK SEREMBAN 2A
4. 8.11.2010 2.00-5.00 ptg TAMPIN PKG TAMPIN
5. 9.11.2010 2.00-5.00 ptg JELEBU/JEMPOL SK SAINT AIDAN
6. 10.11.2010 2.00-5.00 ptg KUALA PILAH SK KUALA PILAH
7. 11.11.2010 2.00-5.00 ptg REMBAU SK UNDANG REMBAU